ceretera

Hujan


Perbualan antara murid tahun dua dan gurunya.


CIKGU : Arip,kenapa kamu datang lewat hari ini??
ARIP : Hujan lebat cikgu.
CIKGU : Semalam,kenapa awak tak hadir??
ARIP : Hujan,cikgu.
CIKGU : Aik! Hujan juga. Habis kalau tiap-tiap hari 
hujan macamana??
ARIP : Banjir terus, cikgu!
CIKGU: @#%#@%#@$


=====================================================


Harta Kita


Perkahwinan Sebuah Perkongsian, Ahmad dan Siti sudah 
lama hidup berumahtangga. Semua perbelanjaan, kereta, 
rumah dan lain-lain semuanya hasil perkongsian 
bersama. Malangnya Ahmad tidak pernah berkata 
begitu.Sebaliknya mengatakan semua harta benda 
tersebut adalah hasil duitnya. Sehingga timbul 
perasaan tidak puas hati pada Siti.


Suatu hari isterinya menegur Ahmad.


Siti : Abang ni apa la. Bila orang tanya kereta 
siapa.Abang asyik kata kereta abang yang punya.Hampir 
semua harta dalam rumah ini. Abang kata abang yang 
punya.
Ahmad : Habis! Abang nak kata apa ?
Siti : Abang kata la harta kita. Katalah kita yang 
punya.
Ahmad : eemmmm ok la.


Selang seminggu.


Siti : Dari tadi Siti tengok abang tercari-cari 
sesuatu. Abang cari apa?
Ahmad : Abang cari seluar dalam kita. Siti nampak tak?
Siti : @#$%^*$%@#@%^^@




=====================================================


Gigi


Seorang doktor wanita yang cantik dari bandar 
melakukan satu kajian kesihatan di sebuah kampung. 
Ketika hampir semua penduduk kampung sudah berkumpul 
di dalam dewan itu, doktor wanita itu mula bertanya.


Doktor : Menjaga kesihatan haruslah dimulakan dengan 
kebersihan gigi.Saya ingin tahu, berapa kali, 
pakcik-pakcik gosok gigi dalam sehari?
Pak cik Ali : (malu-malu) bagi pak cik, cukuplah sekali sehari.
Pakcik Rizal : Sekali sahaja! Saya 3 kali sehari.
Doktor : Bagus bila masanya, pak cik menggosok gigi?
Pakcik Rizal : Pagi sebelum mandi. Petang, selepas 
balik dari sawah, dan malam, sebelum tidur. 
Pak cik Azwan : 3 kali sahaja sudah sombong. Saya 12 kali!
Doktor : Wah macam mana pak cik gosok gigi sampai 12 kali?
Pak cik Azwan : Januari sekali, Februari sekali, March sekali........




=====================================================


Derma


Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk 
meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. 
Seorang budak pun membuka pintu.


Budak : Derma ape bang?
Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua.. adik ada 
apa-apa untuk didermakan?
Budak : Nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.
Lelaki : ?????


 =====================================================
Hitam Hebat


Cerita ini berlaku di negara Nigeria yg semuanya 
berkulit hitam. Semakin hitam seseorang, semakin 
dianggap hebat. Pada suatu hari sepulangnya dari 
sekolah, ada 3 org pelajar yg mengagungkan ayah 
masing-masing.


Pelajar 1 : Ayah aku hitam sekali. Kelmarin ayah aku 
membuat sebuah kraf tangan. Tiba-tiba tangannya 
terluka dan mengeluarkan darah berwarna hitam.


Pelajar 2 : Wah, itu masih kalah dgn ayah aku, ayah 
aku lagi hebat. Kelmarin ayah aku jatuh dari atap 
rumah, tangannya patah dan terlihatlah tulangnya 
berwarna hitam. Lebih hebatkan?


Pelajar 3 : Huh, itu semua tak hebat sangat. Malam 
tadi sesudah makan, seluruh keluarga aku menonton tv. 
Tiba2 ayh aku kentut, langsung saja rumah jd gelap 
gelita!!!

Comments

Popular Posts