Kisah dua malaikat dan sayangnya Allah padahambanya..


RENUNGAN KITA BERSAMA

Assalamualaikum wr wb,

Rasulullah s.a.wada bersabdakatanya, "Setiap anak Adam akan dijaga
oleh dua malaikatMalaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari
yang sebelah kiriSekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah
kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?"

Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya
sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya 
lagi,"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku 
catitkan?"

Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana
kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan 
mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu 
sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau macam ini 
sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah
tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan
keseronokkan serta kemewahan dunia.

Comments

Popular Posts