Telinga sakit bro....aduhs.....

hah ni lah contoh tilinga kita
Wah bukan saja-saja nak buat entry ni. penting untuk masa depan telinga kita beb. gua sekarangni pun tengah sakit telinga ni huhuhu so cari lah punca-punca yang mendatangkan sakit ni pertama kali ingat hayat ni dah tak panjang lagi cewah....rupa-rupanya salah gua sendiri beb huhuhu so i discover lah punca-punca penyakit ni....harap dapat buat y'all berjaga-jaga lepas ni... so cheek it out bro..


Punca-punca sakit telinga.
Telinga Luar
Kulit lubang telinga luar adalah seperti kulit bahagian badan yang lain. Ia juga mempunyai liang peluh dan liang minyak.
1. Kecederaan secara langsung oleh objek keras ke dalam lubang telinga luar. Seperti apabila telinga terasa gatal gatal, seseorang itu mungkin akan menggunakan objek keras untuk menggaru lubang telinga dan mengakibatkan melecet dan seterusnya dijakiti kuman.
2. Jangkitan kuman di bahagian liang bulu roma kulitnya dan mengakibatkan bisul.
Tahi telinga (earwax)  terdiri dari kekotoran seperti habuk, kulit-kulit kering, peluh, minyak kulit (sebum). Tahi telinga tidak mendatangkan sakit telinga tetapi sekiranya ia terlalu padat dan keras ia boleh mengakibatkan jangkitan kuman di telinga luar juga.
Telinga Tengah
Telinga tengah bersambung dengan kerongkong, mulut dan hidung. Oleh itu kuman yang menjangkiti bahagian ini boleh merebak masuk ke telinga tengah melalui tiub Eustachian dan kuman membiak di dalam bilik telinga tengah sehingga dipenuhi dengan nanah.
Nanah yang terjadi membuatkan tekanan tinggi dalam telinga dalam ini dan menyebabkan seseorang itu mengadu sakit telinga yang amat sangat.
Bila tekanan terlampau tinggi gegendang telinga akan pecah maka keluarlah segala nanah dari telinga dalam tersebut.
Pada waktu ini sakit telinga akan berkurangan kerana tekanan sudah tiada lagi akibat gegendang yang telah pecah tetapi waktu ini telinga dipenuhi dengan nanah.
Oleh itu jika seseorang mengalami selsema yang berpanjangan walaupun sedikit, jangan ambil tidak peduli kerana satu hari mungkin ia boleh menyebabkan telinga seseorang itu bernanah.
Telinga Dalam
Telinga dalam di penuhi dengan saraf dan alat pendengaran (cochlear) dan alat imbang (vestibular) yang sangat sensitif. Ia berhampiran dengan otak. Sakit bahagian ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, radang disebabkan oleh bunyi yang terlalu kuat, bahan kimia atau kesan sampingan ubat-ubatan.
Disebabkan oleh telinga dalam fungsinya ialah pendengaran dan imbangan serta berhampiran dengan otak maka seseorang yang mengalami sakit telinga dalam juga mengalami simptom yang lain seperti pening pusing, muntah, keaadan yang tidak seimbang dan kurang pendengaran.
Rawatan
Biasanya klinik swasta boleh mengubati jika sakitnya di bahagian luar atau tengah. Sekiranya melibatkan telinga dalam adalah baik jika berjumpa dengan doktor pakar ENT untuk menjalani ujian untuk memastikan bahagian khusus yang terlibat. 

so amacam dah baca kira tahap berbahaya juga tu beb 
jaga telinga baik-baik k..

Comments

Popular Posts