kadang-kadang kita lupa.

  Ingat tak waktu kita sekolahsapa bangunkan kita dari tidur kalau bukan mak..
  Ingat tak sapa tempat kita mengadu masalah kita kalau bukan mak.
  Ingat tak sapa jaga kita masa kita sakit kalau bukan mak
  Betullah orang kata syurga ditelapak kaki ibu

rasanya dah setahun lebih aku kehilangan seorang yang rapat dalam hidup aku iaitu mama... sekarang tinggal bapa sorang yang aku ada disamping keluarga aku, mulanya aku tidak dapat terima apa yang jadi dalam hidup aku,kadang-kadang aku mengharap yang semua ini adalah mimpi yang panjang, kadang-kadang cemburu bila kawan-kawan aku punya mama yang masih ambil berat tentang diorang. entahlah teringat pula petikan buku yang aku pernah baca dulu " tuhan menguji hambanya dengan ujian yang boleh diharungi oleh hambanya" entahlah bila difikirkan balik aku lebih bersemangat untuk menghadapi segala rintangan yang ada di depan, aku pernah berjanji depan mama yang suatu hari nanti aku akan menjadi orang yang disegani dan dihormati oleh orang sekeliling aku Amin, ini suatu hikmah dari tuhan dan aku harus hadapi dengan penuh rasa yakin, mingkin budak kampung macam aku difikirkan tidak setanding dengan budak yang lebih dahulu kenal apa kemajuan dunia sekarang. aku akan buktikan yang aku akan berjaya ini janji aku pada mama dan ini misi aku pada keluarga aku, walaupun mama sudah tiada tapi semangat mama ada bersama,
 aku tahu bapa sedih kehilangan mama, aku tau...sebab itulah bapa sanggup kerja, jalan sana sini sebab bila balik rumah pasti teringat arwah mama.. aku tau, aku cuma nak mengembirakan bapa mungkin biala aku dah berjaya bapa akan gembira.. papa tak tau yang mama pernah pesan jaga bapa kamu baik-baik sebab dia tak ada sedara dekat sini..itu pesan yang...yang aku ingat sampai sekarang.


so kalau ada sesiapa yang senasib dengan aku jangan cepat putus asa kerana jalan didepan kita masih panjang. aku akan buktikan. aku akan bekerja keras untuk itu..biar masa yang kejar kita bukan kita yang kejar masa..........


salam.

Comments

Popular Posts