SI KOSONG

wah....tajuk memang macam best hahah...kosong sama erti dengan sifar atau zero dan bermacam bahasa lain tapi membawa erti yang sama, bayangkan kosong adalah nama benda atau nama orang atau panggilan dari seseorang, contohnya nama saya kosong , saya suka makan kosong, minuman kegemaran saya kosong, gf saya bernama kosong...last sekali dia satu hehehe gurau saja okey... sebenarnya saya ada satu cerita berkenaan kosong dalam cerita ni nama watak itu adalah kosong.

suatu hari di sebuah desa kecil terdapat seorang lelaki yang sangat bijak akibat kebijaksanaan itu dia dipanggil si kosong kerana selalu mendapat markah yang paling tinggi iaitu kosong markah, fahamlah maksudnya dia tak berapa nak pandai sebenarnya..tetapi dia seorang yang sangat bersemangat dalam melakukan pekerjaannya oleh sebab semangat yang kental di dalam dirinya akhirnya dia mendapat markah 10, si kosong sangat bersyukur dengan pencapaiannya itu, tetapi markah itu hanya dapat mengembirakan si kosong seketika sahaja kerana masih terdapat nombor kosong, sambil memegang kertas ujiannya si kosong berteriak di hadapan kelasnya dengan berkata "aku si kosong, dan aku akan buktikan dengan nama si kosong yang kamu gelar pada aku, aku akan mendahului kamu", keadaan dalam kelas itu menjadi senyap kemudian berubah apabila semua orang kelas si kosong mentertawakannya termasuk guru si kosong sendiri, si kosong hanya tersenyum bangga dan semakin bersemangat walaupun dia tahu yang orang kelasnya mentertawakan dia.

Selang beberapa minggu satu lagi ujian dijalankan kali ini untuk menempatkan mereka sama ada layak untuk belajar terus atau tidak. si kosong yang tekun berusaha dan bersemangat itu bersedia untuk menghadapi ujian tersebut, akhirnya merekapun selesai dengan ujian itu, dipendekkan cerita tibalah hari yang ditunggu-tunggu, pembahagian kertas dilakukan. pembahagian itu dilakukan mengikut abjad si kosong adalah orang terakhir didalam senarai itu, semua rakan-rakannya mendapat marah seperti 89,78,67,91 semua tidak mempunyai nombor kosong si kosong menanti dengan penuh teliti dan akhirnya gilirannya tiba, si kosong mengambil kertasnya itu. alangkah terperanjat si kosong kerana dia mempunyai markah 100 markah, dan si kosongpun seperti sebelum ini berkata "aku telah mendahului kamu aku si kosong dan kini di belakang nombor 1 ada dua nombor kosong yang kamu gelarkan pada aku, aku mendahului kamu " keadaan menjadi senyap dan tiba - tiba guru si kosong menghampiri si kosong lalu berkata "maaf cikgu terlebih letak nombor kosong maaf, markah kamu sebenarnya hanya 10, si kosong berasa sangat kecewa, kerana semua rakan-rakannya akan naik kekelas seterusnya dan dia masih tetap lagi berada disitu...

BERSAMBUNG

Comments

Popular Posts