DALAM DELEMA

Assalamualaikum..

        Terasa seperti berdiri ditengah-tengah persimpangan yang kedua-dua persimpangan itu mempunyai kelebihannya masing-masing.. susah untuk memilih antara satunya (cewah) ...  kalau pilihan kekanan yang dikiri akan ketinggalan,  keseimbangan tidak akan ada, begitu juga jika pilihan berarah kesebelah kiri perkara yang sama akan terjadi tiada keseimbangan, keluhan hati (ceahh) tapi yang sebenarnya, kalau boleh focus kedua-duanya memang hebat.

        Semenjak beberapa hari ni fikiran aku hanya pada dua benda sahaja peluang dan peluang yang terdapat di dalam kotak minda peluang belajar dan peluang perniagaan, delema ini lah yang aku rasakan sekarang dengan itu kedua-dua otak aku berfikir secara serentak menyebabkan kadar tenaga berkurang dan menyebabkan kaki dan tangan terasa ringan hendak menampar kucing yang mencuri makanan aku masa aku sedang masak... : |

        Delema inilah yang serius dalam hidup aku, kalau aku teruskan pengajian aku, aku hanya menyusahkan family aku, ya lah tiap minggu menghantar belanjawan negara kepada aku, dan peluang untuk menjalankan perniagaan aku dengan rakan aku akan terjejas dek kerana aku menumpukan kepada pengajian aku....Delema ini menghantui hidup aku ( macam penulisan novel pulak hihihihi ) sehinggakan tidur tak lena makan tak kenyang dan mandi tak basah.



        hmmmmm begitulah perasaan aku sekarang, jika ada seseorang yang bijak pandai pasti dia akan mengatahui apa yang aku tuliskan ini.( tapi aku harap tak adalah ) andaikan aku berhenti dan mem-focus- kan kepada rancangan aku bersama rakan-rakan aku, aku akan menjadi seperti bill gates dan Mark Zuckerberg yang tidak menamatkan pengajian mereka (cewah angan-angan lebih ).

        Itulah yang merunsingkan aku sekarang hala dan tujuan untuk kedua destinasi itu memang jelas tapi terpaksa untuk memilih antara satu dengan yang lain. Pilihan ada ditangan aku, orang lain hanya boleh tengok lihat perhati aku tapi tak boleh kawal aku. aku boleh kata perjalanan aku masih panjang tapi aku tak boleh pastikan berapa panjangnya perjalanan aku.. renung-renungkan, sejauh mana aku boleh terbang, hanya aku sahaja yang mengatahuinya, andai sayap aku patah aku akan berjalan, andai langkah aku patah aku akan menggunakan tangan aku untuk berjalan, andai tangan aku tidak mampu melakukannya, aku akan menggunakan mulutku untuk melontarkan apa yang aku rasa benar, andai lontaranku tidak dihiraukan aku akan menggunakan akalku yang begitu berharga padaku,

       ehmmm kemanapun langkah ku bergerak aku cuma pastikan lengkah ku itu tidak akan berakhir dengan sia-sia InsyahAllah.

Wasalam :) aku perlukan Doa yang baik dari kalian ( cewah macam nak berperang pulak? )

Comments

Popular Posts