Dimana Ada Kemahuan Disitu Ada Jalan

Assalamualaikum..

      Nak ceritapun tak pandai nak mulakan dari mana. setelah membina keyakinan dalam diri, setelah banyak masalah, walaupun BELUM lagi mencipta nama, tapi Alhamdulillah sedikit sebanyak ada juga yang mengenali kami......KAMI?? ya "KAMI" setelah setahun berfikir dan terus berfikir cara yang terbaik untuk memajukan diri kami ... kami mula berfikir untuk bersaing dalam dunia perniagaan, memang lawak kelakar juga bila orang macam kami fikir tentang perkara itu dalam usia kami yang begitu muda tapi itulah hakikatnya kerana kami yakin untuk mencipta kejayaan kami perlu bermula dari sekarang. Dan walaupun tiada basic perniagaan sebelum ini InsyaAllah kami akan bangkit untuk berikan perkhidmatan terbaik untuk yang menggunakan khidmat kami...

       Tahun 2013 adalah tahun yang dinanti-nantikan, dan menjadi tahun yang sesuai untuk kami memulakan kembali apa yang kami rancangkan dahulu, memang banyak perancangan yang dibuat sebelum, akibat tidak focus menyebabkan perasaan kurang semangat tu adalah sikit... dan meybabkan pergerakkan kami selalu lambat...

       Kedatangan 2013 yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi InsyahAllah akan membuatkan kami lebih matang dalam pengurusan kami ... dan saya berdoa agar pada tahun hadapan kami mampu mencipta nama sebaris dengan Syarikat-syarikat lain InsyahAllah..Amin



FB page : De'VisionART

Sokongan anda amat bermakna kepada kami ...:)
Terima Kasih

Comments

Popular Posts