INSOMNIA

Assalamualaikum 

Insomnia? akupun tak tau apa sebenarnya isomnia ni hehehe berbelit lidah mau sebut..

Secara ringkasnya yang boleh aku bagitau disini tentang Insomnia ni mengikut apa yang aku tahu, tidak boleh tidur malam seperti BATMAN, berjaga diwaktu malam dan tidur diwaktu pagi itu yang aku tahu tentang Isomnia (yang aku tahu)

Tetapi bila aku RESEARCH tentang Insomnia ni (wah re-search hihihihi) maka pengatahuan aku bertambah dan sekarang aku mungkin mengalami Insomnia kerana masih tak boleh tidur dan masih lagi menulis post ini walaupun sekarang sudah jam 3.27 pagi dekat nak subuh dah ehmmmm..

Okey mari kita lihat adakah anda juga mengalami Isomnia?

Apa itu insomnia?

Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.

Tahap insomnia
- Ringan - Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak
   terjejas.
- Sederhana - Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih
   dan mudah tersinggung.
- Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi
   harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.

Jenis insomnia

- Insomnia primer
   -  Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.

- Insomnia sekunder
  -  Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia
      mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.

A. Psikiatri
* Masalah kemurungan, skizofrenia

B. Bukan psikiatri
* Ubat-ubatan untuk hipertensi, kolesterol, sakit kepala
* Sindrom Pernafasan Terhenti (Sleep Apnea)
* Epilepsi
* Penyakit kegagalan buah pinggang berfungsi, paru-paru, hati
* Pola tidur yang terbalik, tidur siang berjaga malam
* Penyakit Parkinson
* Penyakit Fatal Familial Insomnia (FFI) iaitu sejenis penyakit genetik tetapi jarang berlaku
* Rest leg syndrome
* Pedih hulu hati
* High altitude insomnia
* Angin ahmar
* Penyakit Alzheimer
* Ketumbuhan otak
* Migrain

Tempoh dan kekerapan berlakunya insomnia juga pelbagai. Insomnia juga terbahagi kepada:

* Insomnia akut
Berlaku dalam jangka masa pendek. Tempohnya mungkin antara satu malam hingga beberapa minggu. Ia biasanya disebabkan gangguan pada emosi atau fizikal termasuklah:
a. Tekanan - bertukar atau kehilangan kerja, kematian orang yang disayangi, berpindah
b. Sakit yang ringan
c. Persekitaran - bunyi bising, cahaya, cuaca terlalu panas atau sejuk,
d. Perubahan masa tidur - jet lag atau syif kerja.

* Insomnia kronik
Berlanjutan sekurang-kurangnya tiga malam seminggu dalam tempoh sebulan atau lebih. Ia berpunca daripada banyak sebab seperti kemurungan, tekanan yang kronik, sakit dan sebagainya.

TIP

* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal
* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari
* Elakkan tidur pada waktu tengah hari
* Melakukan senaman dengan kerap
* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti
   kopi atau teh pada lewat petang atau malam
* Jangan merokok
* Belajar menangani tekanan
* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.

Sumber : Utusan Malaysia

Comments

Post a Comment

Popular Posts