Kita Tak Tahu Dan Kita Tahu

Assalamualaikum

      Kadang kita tak tau apa yang tersirat dalam kehidupan kita dan kadang kita tahu tapi kita buat tidak tahu itulah realiti  yang kita tahu..tahu dan tidak tahu.. kita tahu kita sedang berfikir tapi kita tidak tahu bagaimana ia bermula, kita tahu kita mampu untuk melakukannya tapi kita tak tahu bagaimana ia akan terlaksana.. hanya manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan itu kita tahu tapi kita masih lagi hendak melakukan kesilapan so apa yang perlu kita tahu sekarang hehehe ( banyak sangat perkataan Tahu dalam entry kali ni)

      Perkataan Tahu itu sendiri kita tak tahu berapa lama ia telah wujud dan siapa yang mula-mula menggunakannya sebab kita tak tahu, lain pula dengan apabila kita tahu tapi buat-buat tak tahu, seperti aku juga aku tahu buat perkara yang ramai orang tak tahu buat tapi aku buat-buat tak tahu alasannya aku nak mereka tahu...(perkataan tahu lagi) jarang orang guna perkataan tahu dalam dunia ni...(ya lah cuma orang yang bercakap menggunakan bahasa melayu yang tahu...merepek post aku ni)

      Kerana aku Nak mengetengahkan perkataan tahu supaya hendak memberikan Realiti kepada orang - orang yang buat - buat tahu tapi sebenarnya tidak tahu dan sebaliknya apabila Orang yang tidak tahu tapi sebenarnya dia tahu.

     seperti ayat yang tergantung dan mesti anda tertanya-tanya apa yang TAHU dan apa yang TIDAK TAHU semua itu ada terdapat pada persekitaran kita ... anda fikirkanlah sendiri, sebab tugas saya disini dan disitu hanya ingin memberikan gambaran kepada masyarakat yang bijak, kenapa Bijak? kerana menyembunyikan apa yang dia TAHU dan apa yang dia tidak TAHU

     tahukah anda ada berapa banyak perkataan tahu didalam post ini...? kita tak tahu selagi kita tak kira. selepas kita kira barulah kita tahu berapa banyak perkataan tahu dan kemudiaan anda akan kira sekali lagi untuk memastikan bilangan perkataan tahu yang anda kira tadi betul atau tidak bilangannya, setelah anda rasa anda betul anda akan rasa puas hati dengan usaha anda untuk mengira jumlah perkataan tahu dan anda BERJAYA lakukan dan dengan itu perasaan anda akan mempunyai sedikit kegembiraaan, walaupun hanya dengan mengira perkataan tahu sahaja..

      Lihat apa yang anda lakukan tahukah anda yang anda sebenarnya telah berusaha untuk memuaskan hati anda dan itulah perangai sebenar manusia yang sentiasa mempunyai sifat ingin TAHU. semoga anda mendapat sesuatu yang berharga dengan membaca post ini :) saya tahu apa yang anda tidak tahu dan anda tahu apa yang saya tidak tahu. sekian...


Comments

Popular Posts