Inspirasi

Assalamualaikum

EHM.... Tadi Aku betul ada perenggan pendahuluan tetapi hilang .. aku tak tahu mungkin gara-gara semut Genius yang berada dekat key board aku yang men- DELETE nya....mungkin juga semut itu menjadi Inspirasi kepada semut yang lain untuk terus mara kehadapan... (jadi juga perenggan pendahuluan hihihi )

Banyak yang aku dengar tantang ayat "awak sumber inspirasi saya"... dan ada juga ayat "saya sebenarnya sumber inspirasi awak" dan ada juga " inspirasi saya adalah dia walaupun dia tak kenal siapa saya" apa semua ni... mengikut apa apa yang aku faham ianya berkaitan dengan kehidupan..cewah

Kadang kala kegagalan itu adalah inpirasi pada orang lain dan kebiasaannya kejayaan orang lain adalah inspirasi diri kita .. semua ini berkait rapat atau tidak cuma kita saja yang tahu, alam semesta terbentang luas seperti membentangkan seribu Rahsia yang belum tentu semua "secret" alam itu kita dapat bongkarkan. ayat sastera pulak keluar....., Inspirasi tetap wujub dikalangan kita kerana sifat kita yang ingin berjaya inginkan kejayaan walau sifat kejayaan itu berbeza namun acuannya mungkin sama. begitulah,

Bila terlihat akan kehidupan yang mewah kita akan bertanyakan Bagaimana manpu untuk menempah kejayaan itu.. kemudian kita akan mempelajarinya namun sifat malas akan sedikit hadir kemudian dipertangahan jalan untuk kearah kejayaan kita leka kemudian melupakannya. begitulah kita yang mudah lupa.

Hanya kecekalan hati, jiwa, Rohani kita mampu untuk terus bertahan kadang kala mengambil masa yang lama namun usaha kita berbaloi walaupun mungkin hanya sekejab masa untuk kita nikmati kejayaan kita (faktor usia) harus muda untuk mengorak langkah walaupun permulaannya hanya satu langkah barangkali penghujungnya perjalanan kita tidak mampu untuk terkira bilangan langkah yang kita buat.

Semasa di sekolah hobi dan minat kita bermain bola, banyak pemain yang kita suka "skill permainannya" ianya menjadi Inspirasi untuk bermain seperti dia. berlatih menjadi teras utama untuk mempunyai skill seperti dia. suatu hari dipadang dilihat oleh guru semasa bermain dan menggelecek bola. kepintaran mengawal bola mengujakan guru tersebut untuk memberikan tempat untuk mengalas peranan penting mengharumkan nama sekolah. sesudah itu mengharumkan nama negeri dan negara, berapa banyak langkah untuk kita melangkah lantas daripada hobi dan minat ia menjadi kerjaya, dan pada masa ianya menjadi kerjaya kita menjadi sumber inspirasi pada orang lain untuk berjaya.

sekian dahulu untuk hari ini semua ini yang aku fikirkan untuk keluar dari kotak mindaku

Assalamualaikum


Comments

Popular Posts