Siapa Aku

Siapa aku? ... pernah terfikir tidak? terlintas diminda tentang soalan ini siapa aku?, pernahkan bertanya pada diri sendiri Siapa aku?, kerana kadang akupun tidak kenal siapa aku.. kaki ini bukan aku punya, dipinjamkan untuk aku gunakan.. tapi tidak aku gunakan sebaiknya kerana siapa aku. untuk melawan takdir.

Orang bijak pandai berkata "jangan lepaskan peluang" kita yang kurang pandai percaya "jangan lepaskan peluang" tapi bodoh, kita tidak tahu yang peluang itu bersifat sementara, bila-bila masa ia boleh datang dan bila-bila masa ia boleh pergi, bodoh kerana menyangka ilmu itu penting dari Harta benda,

Siapa aku, tidak punya harta untuk membeli Ilmu, berdiam, mempelajari ilmu yang disebarkan secara percuma. Menggunakan akal fikiran sendiri untuk mentafsir ilmu pengatahuan yang aku dapat tanpa ada guru.
kerana aku tiada wang dan harta untuk membeli ilmu itu. Siapa aku untuk melawan. aku hanya pengumpul ilmu percuma tidak macam kalian yang mempunyai harta. aku hanya seorang pendiam tidak punya hak untuk memberikan fakta-fakta aku untuk berdebat dengan ilmuan seperti kalian. pengatahuan aku tidak seperti kalian tiap malam aku membaca peristiwa, tiap malam aku mencari benda baru untuk menambah pengatahuan aku, tetapi malang tiada seorangpun yang percaya pada aku. kerana aku tiada apa yang kalian ada. aku cuma ada pengatahuan tetapi tiada bukti yang aku belajar. Siapa aku?

Siapa aku? orang yang mempunyai peluang tetapi tidak punyai wang untuk membayar peluang itu, kerana hidupku sendirian, cuma Rokok itu yang menemani aku, kala aku berduka, kala aku membuat protes kepada diriku. aku tidak punya apa, hanya pen aku yang hampir habis dakwatnya, dengan jurnal aku menjadi peneman setiaku. mereka bukan seperti orang lain yang menilai ilmu itu dengan berbekalkan kepada kelulusan semata-mata. aku tidak kisah itu semua kerana begiku ilmu itu luas.

kata sinisku, tidak ada pen yang dicipta hanya untuk orang yang punya kelulusan yang boleh memakainya, tidak ada cangkul yang dibuat khas untuk orang yang tidak punya kelulusan untuk menggunakannya. Gunakan akal yang ada, hargai dan pelajari apa yang harus dipelajari. diam dan tidak perlu bercakap banyak kerana aku dan kamu adalah sama, otak kita terletak dikepala, sungguh telindung daripada bahaya, tengkorak melindunginya, tiada manusia yang boleh membaca apa yang kita fikirkan .. yang ada cuma boleh mengagak apa yang difikir , tidak selalunya tepat


Sekian Terima kasih
Akan bersambung nanti InsyaAllah

P/S :: kisah ini adalah rekaan semata-mata. salah dan silap harap dimaafkan .. P.E.A.C.E

Comments

Popular Posts