perangai - perangai manusia

salam

coretan kata
perjalanan singkat , begitu juga kehidupan semakin meningkat umur semakin singkat masa kita berada didalam dunia indah tanda kebesaran Allah s.w.t ini.

kadang-kadang suasana seperti sangat bahagia kemudian berubah menjadi huru-hara begitulah ibaratnya kita. terlalu banyak dugaan yang kena kita harungi bukan untuk menjadikan kita lemah tetapi untuk menjadikan kita kuat sebenarnya, tahap intelektual manusia semua berbeza.

1. Cakap belakang
    banyak orang lebih suka bercakap belakang daripada menyuarakan pendapat mereka secara terbuka, lebih-lebih lagi menceritakan aib orang pergh memang terer macam ada diploma mengata orang hehehe maaf pada yang terasa, adakalanya sampai mencarut mencari keburukan orang lain..tahukah anda yang perpuatan itu adalah mengumpat.....TAHU tapi ambil sambil lewa tentang perkara ini...ambillah iktibar dari ungkapan ini kadang-kala berdiam itu adalah lebih baik.

2. Takut berdepan dengan masalah
    jika dikenang kembali waktu duduk SPM dulu ketika menjawab soalan matematik memang susah tapi hendak lulus punya pasal sedaya upaya juga nak jawab walaupun kita tak tau jawapan tu btul atau tak mengikut skema jawapan tapi kita fikir cara untuk mengatasinya....ini bermakna kita berani menghadapinya dengan hati yang terbuka dan kita tawakal kerana kita dah berusaha sedaya upaya hihihi

3. Berlagak hero
    Tak taulah zaman apa dah sekarang tak salah kalau kita tunjuk kepandaian kita pada orang yang tidak tahu tapi...kalau setakat cakap dan arah orang buat budak tadikapun boleh cewah...ayat hohoho manusia yang semacam ini pandai arah ja tapi kalau buat tak tau, dia cuma tau teori tapi tak tau pratikal samalah macam kita   tahu alat-alat untuk bina perahu tapi kita tak tahu macam mana nak mulakan pembinaan..contoh lain kita tau bahan buat kuih tapi kita tak tau cara-cara mengadun kuih.

ehm.....cukup kot tiga perangai -perangan yang sempat saya ceritakan disini ada banyak lagi sebenarnya cuma kita kena pandai menilai seseorang itu, kadang - kadang kebaikkan seseorang itu adalah kejahatannya, kadang-kadang kejahatan itulah kebaikannya who knowkan?

wasalam:)

Comments

Popular Posts