Ingatkan Aku

Assalamualaikum

Hari - hari berlalu dengan sukarnya untuk aku lalui dalam aku mengejar impianku...aku senang dan bersyukur dengan kehidupanku kini namum seperti ada yang kosong,hilang yang aku sendiri tidak tahu ... benarlah kata orang setiap hari kita adalah manusia yang berbeza.

Seperti hari-hari sebelumnya aku sukar untuk melalapkan mataku ... hanya kerana fikiranku terus menayangkan perkara yang harus aku lupakan, kadang sesaat itu amat bahagia bagiku jika aku dapat melupakannya, usahlah aku menulis apakah perkara itu cukuplah aku sendiri sahaja yang tahu ... (wah macam novel pula) hehehehe

Keinginan kita atau perancangan kita tidak akan berlaku jika tidak ditentukan olehNya, aku amat memerlukan seorang yang dapat mengingatkan aku jika aku lupa, aku ingin sekali menggapai cita-citaku, impianku, aku ingin sekali berada dipentas yang sesak dengan pelbagai idea untuk merangsang dunia untuk terus berkembang... aku ingin sekali menyelami situasi sekarang yang manusianya selalu inginkan kuasa , Sedang fikiran aku hanyalah ingin mengekalkan suasana yang ada tetapi coraknya berbeza, kadang-kala aku terfikir bagaimana manusia hari ini dikatakan maju dari segi teknologi namun masih terdiam membisu ketika disoal tentang soalan apa yang kamu ada? masih miskin anak bangsaku? adapun yang kaya hanya sedikit...

Jika cinta itu mahal harganya...mungkin akan banyak yang kaya...jika duit itu punca kekayaan mungkin silap katanya...aku bingung.. aku berfikir jika seni itu halus boleh mengembirakan , membuat kesedihan dan kemarahan... maka seni itu kaya.. aku tidak dapat berbicara tentang agama kerana akupun masih belajar mendalami agama.. jika ilmu itu merangkumi semuanya...carilah ilmu dahulu.

Dulu aku fikir, Ilmu itu harus datangnya dari sekolah, kolej dan Universiti namun aku silap..kepandaian itu kalau dicari. lagi-lagi dengan teknologi sekarang Di youtube pun kita boleh perolehi ... dimana-mana ilmu itu ada cuma kita haruslah pandai mencari menggunakan tenaga fikiran untuk mentafsir kandungannya. ilmu itukan luas. kita belajar segalanya hari ini, mengenai cinta,mengenai kehidupan yang tidak kita pelajari disekolah. kita belajar berjalan yang tidak juga kita peroleh disekolah, kita belajar bercakap yang tidak juga kita perolehi disekolah.. apa lagi yang kita mahu ... semua jalan telah terbentang luas untuk kita cari. tetapi semua itu ketentuanNya. misalnya kita belajar bermain gitar walaupun secerdik manapun tidak mungkin dapat kita kuasai kord gitar itu dalam masa sehari...

Ingatkan aku jika aku lalai.. aku memerlukan kalian untuk aku meneruskan impianku untuk menjadi Ultraman(gurau jer). aku memerlukan kalian untuk aku meneruskan impianku untuk menjadi lagenda seperti Tan Sri P.Ramlee walaupun berlainan sedikit bidangnya.. aku ingin menjadi pengarah filem, Designer dan seorang Muslim yang berjaya... ingatkan aku.

:)
Assalamualikum ....

p/s : Gagal sekali bukan bermakna kita akan gagal selama-lamanya. usaha untuk kearah kecermerlangan

Comments

Popular Posts